Assingment MPU DN2163 : Kesan Penjajahan British Terhadap Ekonomi, Politik, Sosial & Agama di Tanah Melayu
Kesan Penjajahan British Terhadap Ekonomi, Politik, Sosial & Agama di Tanah Melayu
PENDAHULUAN
Penjajahan
British di Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada proses persaingan antara kuasa
Barat untuk menguasai tanah jajahan dan mengeksploitasi kegiatan ekonomi di
AsiaTenggara terutamanya pada abad ke-19. Atas sebab itu strategi awal
penjajahan British di Tanah Melayu adalah menumpukan kawasan perdagangan
(pelabuhan) dan kemudiannya ke atas negeri yang mempunyai kekayaan hasil bumi
seperti bijih timah. Penjajahan British menjalankan dasar diplomasi yang sangat berhati-hati
dengan sultan dan para pembesar Melayu.
POLITIK
Kesan yang paling ketara akibat penguasaan Inggeris di Tanah Melayu ialah dari segi politik. Sebelum campur tangan Inggeris di Tanah Melayu, sultan berkuasa mutlak untuk memerintah dan menguruskan hal-hal pentadbiran negara dan para pembesar berkuasa untuk memungut cukai daripada rakyat. Tetapi setelah kedatangan Inggeris di Tanah Melayu, kuasa-kuasa raja dan sultan telah terjejas. Kuasa raja menjadi terhad dan raja hanya boleh menyentuh hal-hal mengenai adat istiadat Melayu dan hal-hal keagamaan sahaja.Aspek pemerintahan dan pentadbiran yang dahulunya diterajui oleh orang tempatan telah diambil oleh penasihat dan pentadbir British.
Perubahan dalam bidang pemerintahan oleh pentadbir Barat selari dengan pengenalan sistem perundangan Barat sesuai dengan anggapan mereka bahawa sistem pentadbiran masyarakat peribumi adalah ketinggalan zaman dan tidak sesuai dipraktikkan lagi. Ini dapat dilihat apabila banyak negara Asia Tenggara diperintah melalui secara lansung oleh pihak penjajah melalui sistem birokrasi yang dimonopoli oleh orang Barat.
EKONOMI
Bentuk ekonomi masyarakat Asia Tenggara bersifat sara diri telah berubah kepada sektor berorientasikan perdagangan dan eksport dengan pengenalan tanaman baru seperti teh, tebu, kopi, getah dan nenas. Sektor perladangan, perlombongan dan perindustrian juga telah diperkenalkan oleh pemodal Eropah yang mempunyai modal yang banyak. Banyak kawasan perladangan yang besar telah diterokai. Tenaga buruh telah dibawa dari China dan India bagi memenuhi permintaan tenaga buruh yang tidak mencukupi.
Wujud dua jenis ekonomi, ekonomi moden yang berorientasikan eksport dan ekonomi tradisional yang dijalankan untuk tujuan sara diri. Ekonomi moden dikuasai oleh imperialisme Barat manakala penduduk tempatan menjalankan ekonomi sara diri. Perkembangan ekonomi berdasarkan sistem matawang telah menyebabkan wujud jurang perbezaan antara sistem ekonomi tersebut. Pemerasan ekonomi yang dilakukan oleh imperialisme Barat ke atas masyarakat Asia Tenggara menyebabkan timbul keinginan masyarakat peribumi untuk membebaskan diri daripada belenggu penjajah. Penentangan dan kebangkitan masyarakat peribumi menentang penindasan politik, ekonomi, dan sosial yang dilakukan oleh imperialisme Barat dinamakan sebagai nasionalisme.
Perubahan sistem ekonomi di Tanah Melayu berlaku daripada 3 aspek iaitu politik, ekonomi dan sosial. Dari aspek politik, Sultan dan pembesar tidak mempunyai kuasa ke atas tanah jajahan dan juga adat Melayu. Hal ini kerana Inggeris telah menghapuskan beberapa amalan dalam adat Melayu. Contohnya seperti menghapuskan sistem kerah dan serah oleh para pembesar. Sistem hamba abdi juga dihapuskan dan rakyat boleh memiliki tanah bagi menjalankan serta meningkatkan hasil pertanian tanpa menyerahkan sebahagian hasil mereka kepada Sultan atau pembesar.
SOSIAL
Selain itu, kesan sosial campur tangan British di Tanah Melayu ialah kemasukan orang Cina dan orang India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu. Kemasukan orang Cina dan orang India telah menimbulkan pelbagai masalah di Tanah Melayu. Antara masalah yang timbul ialah masalah jenayah yang berleluasa, khasnya di negeri-negeri kawasan lombong bijih timah seperti di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Kumpulan orang Cina yang berbeza telah mewujudkan kongsi gelap untuk menjaga kepentingan masing-masing. Kumpulan kongsi gelap Cina sering bermusuhan untuk mengukuhkan kedudukan dan mempertahankan kawasan lombong bijih timah mereka. Antara kumpulan kongsi gelap ialah Hai San dan Ghee Hin.
Pendidikan Barat telah diperkenalkan oleh kuasa Imperialisme ke atas negara yang dijajah tetapi terhad kepada kawasan di bandar sahaja. Pendidikan Barat ini bertujuan menyediakan golongan pentadbir bawahan bagi mengisi jawatan rendah seperti kerani, juru kira, juru ukur dan juru teknik dalam sistem birokrasi moden yang diperkenalkan oleh kuasa Barat. Pengajarannya menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantaraan. Sekolah-sekolah mubaligh Kristian telah ditubuhkan bagi menyebarkan agama Kristian dikalangan penduduk peribumi di samping membenarkan sekolah jenis venikular berkembang.
AGAMA
Penjajahan Barat telah membawa berbagai kesan terhadap umat Islam.Terutamanya berkenaan kehilangan kuasa politik dan pemerintahan daripada pimpinanorang-orang Islam sendiri kepada pimpinan kuasa Barat yang beragama Kristian.Penguasaan penjajah ini adakalanya secara langsung ( direct rule ) ataupun tidaklangsung ( indirect rule ) apabila mereka memerintah melalui penguasa-penguasatradisional yang hanya dijadikan sebagai boneka sahaja. Sebelum kedatangan British,agama Islam tidak dipisahkan dari sistem politik Melayu. Dalam Undang-undang MelayuLama atau Hukum Kanun masih terdapat hukum-hukum Islam yang masih digunakanseperti hukum potong tangan untuk kesalahan mencuri dan hukuman sebat atau rotanuntuk mereka yang berzina. Hakikat ini diakui sendiri oleh Hakim-hakim Lord Actiondan Thomas dalam kes Ramah lawan Laton ( 1927 ) yang mana dikatakan bahawa undang-undang Islam adalah undang-undang asal negeri ini bukan undang-undang asing.
Bagaimanapun dengan kedatangan British, mulalah diperkenalkan dengan sistempentadbiran sekular, bahawa antara agama dengan politik terdapat jarak yang tidakmungkin diketemukan. Pemisahan ini lebih bererti dalam Perjanjian Pangkor 1874 yangmenegaskan semua urusan pentadbiran diserahkan kepada Residen British kecuali soal-soal agama ( disempitkan maknanya ) dan adat istiadat Melayu. Seterusnya kepadapembentukkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. British telah mula menentukan corakpemerintahan, pentadbiran dan keputusan dasar yang penting berhubung dengan sesebuahnegeri Melayu bahkan dapat menentukan kedudukan seseorang raja yang dilantikmemerintah negeri. Ini telah menunjukkan bagaimana British telah berjaya mengubahwajah Islam di Malaysia dalam pentadbiran dengan perkenalkan pentadbiran sertaundang-undang sekular. Dimana lebih pentingkan keduniaan tidak berkaitan denganagama dan ia juga telah mengenepikan sebahagian besar undang-undang Islam.
KESIMPULAN
Kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu telah menyebabkan berlakunya campur tangan dalam hal–ehwal dan pentadbiran di negeri-negeri tersebut. Dengan berlakunya campur tangan Inggeris, telah banyak menimbulkan ketidakpuasan hati orang-orang Melayu terhadap struktur pentadbiran dan pelaksanaan hal-ehwal di Tanah Melayu. Oleh yang demikian, berlaku penentangan di Tanah Melayu untuk menentang Inggeris daripada terus berleluasa dan mengukuhkan kuasanya. Terdapat pelbagai penentangan yang telah dilakukan oleh masyarakat Melayu yang melibatkan perbuatan dan pemikiran masyarakat Melayu setempat.Malah pada masa yang sama hubungan baik antara British dengan Siam juga telah memudahkan British untuk campur tangan di Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu. Hal ini telah menyababkan negeri tersebut telah dikuasai oleh British secara rasmi menjelang abad ke-20.





Comments
Post a Comment